IKRAR
Kami,
rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan dan guru di SMK Usukan, dengan
tulus dan suci hati berikrar;
·
Mendukung dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara;
·
Sentiasa cemerlang melaksanakan visi dan misi Kementerian
Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Sabah dan Sekolah;
·
Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan;
·
Menjadi IBU BAPA
KEDUA kepada semua murid;
·
Semua guru ialah ”GURU
DISIPLIN”
·
Sentiasa meletakaan KEPENTINGAN
dan KEBAJIKAN MURID dalam semua
bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat;
·
Sentiasa melayan semua murid dengan ADIL, SAKSAMA, BERTIMBANG RASA
dan KASIH SAYANG (Sikap penyayang,
penyabar dan sentiasa senyum);
·
”CARING AND
FRIENDLY” –Terima murid tanpa sebarang syarat;
·
Mengamalkan pendekatan ”Mendidik bukannya Menghukum” dalam menangani permasalahan disiplin
murid;
·
Memenangi hati murid, sentuhan jiwa dan minda serta
berupaya memahami murid;
·
Memastikan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan
sekolah;
·
Memaklumkan kepada penjaga atau ibu bapa prestasi
disiplin murid dari semasa ke semasa;
·
Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya
sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan;
·
Semua murid dilindungi dengan Skim Insuran Takaful
Malaysia;
·
Pihak sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid
sentiasa baik melalui program-program yang dirancang dan akan berusaha membantu
murid-murid yang mempunyai masalah Kesihatan;
·
Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu
melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah;
·
Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah
demi menjaga maruah pelajar tersebut.
No comments:
Post a Comment